Pesawat MAS MH17 terhempas ditembak.
Satu berita penuh kejutan yang aku terima lebih kurang jam 12:30 malam yang lalu (18 Julai 2014), selepas selesai melayan adik aku dua kenek .
Bagai tidak percaya ia merupakan satu tragedi buat Malaysia, apabila
tatkala misteri MH370 yang masih belum terungkai, kita seluruhnya
dikejutkan dengan berita ini.
Saya mendapat kepastian MAS MH17 terhempas apabila tiba-tiba terasa mahu melihat apa berita mutakhir berkaitan serangan darat oleh pihak Israel ke atas Gaza dan Palestin, dan terkejut apabila berita mutahir beberapa media massa tempatan memaparkan tragedi MH17 terhempas di Ukraine.
Daripada sumber-sumber berita yang saya dapat, pesawat malang Boeing
777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan Russia di kawasan
yang bergolak dengan perang.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan
dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 298
penumpang termasuk 15 kru. Dan dikhuatiri, kesemua penumpang maut dalam
insiden malang ini. Angka yang saya dapat ini merupakan angka kenyataan
rasmi daripada pihak MAS; sedikit berbeza dengan angka korban yang
dilaporkan awal oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa. Tapi MH17 ramai terkorban berbanding MH370 .
Akhbar Ukraine siarkan perbualan pemberontak tentang MH17...
Akhbar Ukraine menyiarkan perbualan telefon antara pegawai perisik
Rusia dengan komander kumpulan pemisah tentang pesawat yang ditembak,
dipercayai pesawat MH17.
Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Pesawat MH17 yang berlepas dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang terhempas malam tadi di
timur Ukraine, 50km dari sempadan Rusia.
Pegawai perisik Amerika mendakwa peluru berpandu darat merempuh
Boeing 777 itu di kawasan pertempuran antara pemberontak Ukraine
pro-Rusia dengan tentera kerajaan tetapi sehingga kini tidak ada pihak
yang mengaku bertanggungjawab.
Rakaman ini bagaimanapun tidak boleh disahkan oleh mana-mana badan bebas, lapor The Daily Mail dalam laman webnya.
Pada mulanya, Igor Bezler yang didakwa Ukraine sebagai pegawai
perisik Rusia dan komander utama di Republik Donetsk memberitahu
komander: "Kami baru saja menembak jatuh sebuah kapal terbang kira-kira
30 minit lalu."
MH17-Conversation between rebel that shot down the plane...
Kemudian, rakaman itu menunjukkan pemisah yang menggunakan nama
"Major" berkata, jet penerbangan Malaysia ditembak jatuh oleh “Cossacks
from the Chernukhino roadblock” sambil menambah: "Ia sah sebuah kapal
terbang awam... ada ramai orang di dalamnya."
"Major" memberitahu rakannya yang menggunakan kod nama "Greek" bahawa ia "100% kapal terbang penumpang (awam)."
Greek bertanya: “Apa jenis kapal terbang?” di mana Major membalas:
“Saya tidak pasti. Saya belum ke kawasan kejadian. Saya hanya membuat
penyelidikan di mana satu mayat jatuh. Ada mayat, kerusi dan badan."
Greek masih berharap pada masa ini bahawa sebuah kapal terbang
tentera yang ditembak jatuh dengan berkata: "Ada apa-apa senjata yang
tertinggal?"
Major: “Sah tiada ada apa-apa. Semua barangan orang awam, bahan perubatan, tuala, tisu tandas."
Greek: “Ada apa-apa dokumen?”
Major: “Ya, seorang pelajar Indonesia. Dari Universiti di Thompson."
Pegawai dari pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang
baru semalam meningkatkan sekatan ke atas Rusia kerana menyokong
pemisah, mengesahkan pesawat itu ditembak oleh sebuah peluru berpandu
ketika bergerak laju.
Naib Presiden Amerika, Joe Biden berkata, "Ia bukan kemalangan", dengan menambah "Ia meletup di udara".
Biden yang bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko melalui
telefon, adalah pegawai Amerika paling kanan yang membangkitkan idea
bahawa pesawat itu ditembak dengan sengaja, tetapi tidak mahu
mengesahkan siapa yang bertanggungjawab, lapor the Daily Mail.
Tetapi, Senator John McCain dari Amerika berkata, "Hanya neraka akan
membalas" jika pesawat itu ditembak oleh tentera Rusia atau pasukan
pemisah.
Salah satu suara yang dipercayai Igor Strelkov, melalui Twitternya
berkata: "Kami sudah memberi kamu amaran – jangan terbang dalam 'ruang
udara kami'."
Adalah dipercayai dia menganggap menembak jatuh kapal terbang tentera Antonov-26 dari Tentera Udara Ukraine.
Kemudian, selepas menyedarinya, tweet itu dipadamkan.
Kerajaan Malaysia dengan segera mendesak siasatan antarabangsa ke
atasnya dibuat, selepas tragedi kedua yang dihadapi MAS selepas MH370
hilang empat bulan lalu. – tmi
CNN memaparkan visual dipercayai pesawat MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine.
No comments:
Post a Comment