Saturday, 19 July 2014

Gambar Sekitar Nahas MH17 Di Ukraine

Pesawat MAS MH17 terhempas ditembak. Satu berita penuh kejutan yang aku terima lebih kurang jam 12:30 malam yang lalu (18 Julai 2014), selepas selesai melayan adik aku dua kenek . Bagai tidak percaya ia merupakan satu tragedi buat Malaysia, apabila tatkala misteri MH370 yang masih belum terungkai, kita seluruhnya dikejutkan dengan berita ini.

Saya mendapat kepastian MAS MH17 terhempas apabila tiba-tiba terasa mahu melihat apa berita mutakhir berkaitan serangan darat oleh pihak Israel ke atas Gaza dan Palestin, dan terkejut apabila berita mutahir beberapa media massa tempatan memaparkan tragedi MH17 terhempas di Ukraine.

Daripada sumber-sumber berita yang saya dapat, pesawat malang Boeing 777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan Russia di kawasan yang bergolak dengan perang.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 298 penumpang termasuk 15 kru. Dan dikhuatiri, kesemua penumpang maut dalam insiden malang ini. Angka yang saya dapat ini merupakan angka kenyataan rasmi daripada pihak MAS; sedikit berbeza dengan angka korban yang dilaporkan awal oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa. Tapi MH17 ramai terkorban berbanding MH370 .


Baca Selengkapnya - MAS MH17 Terhempas Ditembak.






Akhbar Ukraine siarkan perbualan pemberontak tentang MH17...

Akhbar Ukraine menyiarkan perbualan telefon antara pegawai perisik Rusia dengan komander kumpulan pemisah tentang pesawat yang ditembak, dipercayai pesawat MH17.

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang terhempas malam tadi di timur Ukraine, 50km dari sempadan Rusia.

Pegawai perisik Amerika mendakwa peluru berpandu darat merempuh Boeing 777 itu di kawasan pertempuran antara pemberontak Ukraine pro-Rusia dengan tentera kerajaan tetapi sehingga kini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Rakaman ini bagaimanapun tidak boleh disahkan oleh mana-mana badan bebas, lapor The Daily Mail dalam laman webnya.

Pada mulanya, Igor Bezler yang didakwa Ukraine sebagai pegawai perisik Rusia dan komander utama di Republik Donetsk memberitahu komander: "Kami baru saja menembak jatuh sebuah kapal terbang kira-kira 30 minit lalu."

MH17-Conversation between rebel that shot down the plane...

Kemudian, rakaman itu menunjukkan pemisah yang menggunakan nama "Major" berkata, jet penerbangan Malaysia ditembak jatuh oleh “Cossacks from the Chernukhino roadblock” sambil menambah: "Ia sah sebuah kapal terbang awam... ada ramai orang di dalamnya."

"Major" memberitahu rakannya yang menggunakan kod nama "Greek" bahawa ia "100% kapal terbang penumpang (awam)."

Greek bertanya: “Apa jenis kapal terbang?” di mana Major membalas: “Saya tidak pasti. Saya belum ke kawasan kejadian. Saya hanya membuat penyelidikan di mana satu mayat jatuh. Ada mayat, kerusi dan badan."

Greek masih berharap pada masa ini bahawa sebuah kapal terbang tentera yang ditembak jatuh dengan berkata: "Ada apa-apa senjata yang tertinggal?"

Major: “Sah tiada ada apa-apa. Semua barangan orang awam, bahan perubatan, tuala, tisu tandas."

Greek: “Ada apa-apa dokumen?”

Major: “Ya, seorang pelajar Indonesia. Dari Universiti di Thompson."


Malaysia Airlines plane MH17 crashes near Ukraine's border with Russia.

Pegawai dari pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang baru semalam meningkatkan sekatan ke atas Rusia kerana menyokong pemisah, mengesahkan pesawat itu ditembak oleh sebuah peluru berpandu ketika bergerak laju.

Naib Presiden Amerika, Joe Biden berkata, "Ia bukan kemalangan", dengan menambah "Ia meletup di udara".

Biden yang bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko melalui telefon, adalah pegawai Amerika paling kanan yang membangkitkan idea bahawa pesawat itu ditembak dengan sengaja, tetapi tidak mahu mengesahkan siapa yang bertanggungjawab, lapor the Daily Mail.

Tetapi, Senator John McCain dari Amerika berkata, "Hanya neraka akan membalas" jika pesawat itu ditembak oleh tentera Rusia atau pasukan pemisah.

Salah satu suara yang dipercayai Igor Strelkov, melalui Twitternya berkata: "Kami sudah memberi kamu amaran – jangan terbang dalam 'ruang udara kami'."

Adalah dipercayai dia menganggap menembak jatuh kapal terbang tentera Antonov-26 dari Tentera Udara Ukraine.

Kemudian, selepas menyedarinya, tweet itu dipadamkan.

Kerajaan Malaysia dengan segera mendesak siasatan antarabangsa ke atasnya dibuat, selepas tragedi kedua yang dihadapi MAS selepas MH370 hilang empat bulan lalu. – tmi


People walk among the debris at the crash site of the Malaysia Airlines plane near the village of Grabovo, Ukraine.



 CNN memaparkan visual dipercayai pesawat MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine.





                                                                       

 inilah Bom roket ~

Non-Perfect

Tak semuanye orang sempurna ...
Mesty ade kekurangannyer !!!

Tak Layak Sama Sekali !

kau sape nak kutuk ketidaksempuranaan orang laen ...
kau ingat kau dah sempurna ke !

yerrrrrr . aku ngaku aku pon tak sempurna ...
aku pon ade cacat cela jugak ! tpi tak perlu kod kau nak kecoh2 kan...
tak perlu lah kau nak ketawakan aku ...
sejahat2 mn aku pon . aku tak pernah abaikan kau dpan budak laen ...
tapi kau ? kau dah kira menghina aku tuh !!!!
aku tak mintak la kat Tuhan benda nie ...
mne ade orang mintak sesuatu yg buruk happen diri die sendiri
da kurniaan Allah . kena la terima dgn seadanye ..Tak perlu dikutuk, di ejek ...
cuba kau banyakkan kau kena semua tuh
mesty kau marah kan ? mest kau geram kan ? mesty kau sedih kan ?
lantak kau lah. aku pon dah malas nak tolong kau dah pass nie .pass apa kau
dah buat kat aku nie !
huh betoi la ckp org tua-tua
'kebaikan orang susah untuk diingati , tetapi kejahatan orang akan diingat sampai bila2'

so, aku harap kau jgn konon hebat sangat mcm hang jebat eh ><
see ! korang jgn rasa korang perfect okey ! semua orang ada yg tak sempurna ,ada yg sempurna
sekiannnn !!!

Fesyen Vintage Wak Doyok


Tahun lepas eykal ada tertengok rancangan SIS di TV9. Ada selitkan cerita mengenai gaya fesyen Wak Doyok. Korang mesti dah kenal siapa Wak Doyok. Aku sebenarnya tak tahu siapa Wak Doyok. Memang agak ketinggalan zaman sikit dalam dunia fesyen nie lebih-lebih lagi fesyen lelaki. Kalau fesyen perempuan aku tahu pulak lol. Bila tengok gaya fesyen Wak Doyok, terfikir juga berani betul mamat ni berfesyen tanpa mempedulikan orang sekeliling langsung.
Aku kalau dress macam Wak Doyok pergi jalan-jalan, pergi Mydin Mall contohnya, confirm orang tengok aku atas bawah atas bawah. Orang tengok kecik besar kecik besar je. This is Kelantan beb! Nak jugak dress camnie kalau diberi kesempatan. Nampak rare pulak. Peduli orang kata. Asal pakai selesa.=p
gaya fesyen wak doyok        
gaya fesyen wak doyok_1Wak Doyok oi bakpe lah kaki mung slim sangat. Y___Y
fesyen terkini wak doyok

 

Sedikit info mengenai Wak Doyok

@ Nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah.
@ Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment.
@ Wak Doyok bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.
@ Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.
@ Graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman.
@ Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.
gaya fesyen lelakiKemeja putih+seluar fit+kasut merah mak ngah+galas beg=WAK DOYOK HOT
gambar wak doyok_1Lepasnie kalau nak bergambar, nak buat kaki silang macam Wak Doyok lah
Macam Wak Doyok tak? kakakaka
Memang tak ramai lelaki diluar sana yang berani bergaya seperti Wak Doyok. Aku pun kalau nak bergaya macam dia, kena fikir sampai 14 kali dan tengok cermin 134 kali kot baru betul-betul confident hahahaha. All the best buat Wak Doyok dalam bidang fesyen lelaki. Semoga lebih banyak fesyen lelaki terkini yang stylo dan WOW digayakan oleh Wak Doyak selepas ini dan semoga menjadi ikon fesyen yang terkenal dan disegani.
Dengar khabar, ramai anak-anak muda telah mengikuti fesyen Wak Doyok. Who are the next? Mungkinkah anda yang bakal mengikuti fesyen Wak Doyok setelah membaca entri ini? Berfesyen boleh, tapi biarlah berpada-pada jangan menjadi fashion disaster dan of courselah berfesyen biar menutup aurat! =p
Sumber Gambar : Facebook Wak Doyok

Selamat Pengenanlan

Muhammad Heykal Hafid 17 Years Old. Nickname boleh panggil Eykal , Apid, Abg angah, Baby *mama pnggil* Hahaha, anak no 3 (3-4)! Asal from Kelantan, Lemal , Pasir Mas. Hobi suka menyanyi, surf internet, cycling , main bola , dance and, lastly, kadang-kadang tu ada jugak laa time gila nyanyi sorang-sorang dalam Tandas! Ambition want to be a pilot *kehendak sendirian* ikut jejak ayah, polis *kehendak family*, tak pun nyanyi, hip hop pun takper *alahaii* ! Taken By ntah lah ? hantu kak limah kod :3 ! single lagi bestttttt ! Tapi, aku single taken, single taken errr ntah tak layan couple2 ni ! Tpi aku ada crush , sape kate budak ensem takdak crush hah ? *ensem lah konon *
And, don't forget to introduce my crush. I love my crush so much! I hope she know i love she! His name is Rahsia iniiii sudahhh lama aku berahsiaaaaa !!! nyanyi pulak aku ni . Tpi aku ngan dia kawan rapat lah brader ! umah kitorang tak lah jauh sangat. Nak tengok Picture dia tak? Nak tak? Takleh :P Hahaa :3 klu spe berani kacau diaaaa aku tembak maw ?